Pages

Saturday, November 26, 2011

TIDAK PERNAH PINDAHKAN JIN DGN BAS

Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas by Ustaz Haron Din











Uploaded by on Nov 18, 2011

"Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu."
- Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH - 1433H

BismillahirRahmanirRahim,

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1433H kepada semua umat islam.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.


Pengertian Ma’al Hijrah, memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Ia memerlukan kekuatan Iman, Taqwa dan disiplin yang tinggi untuk menjadikan diri kita benar-benar menghayati erti pengorbanan yang telah Rasulullah s.a.w ajarkan kepada umatnya. Sebagaimana yang telah kita ketahui, bahawa Syaidina Umar Al-Khatab adalah sahabat Nabi s.a.w yang telah mencadangkan tarikh 1 Muharam adalah hari bermulanya hijrah tersebut, walaupun sebenarnya ia telah berlaku sebelum bulan Muharam lagi, maka Nabi Muhammad s.a.w bersetuju dengan pendapat dan cadangan Syaidina Umar Al-Khatab untuk menjadikan bulan Muharam adalah bulan bermulanya tahun baru bagi kelendar Islam.


Penghayatan Ma’al Hijrah ini berterusan hingga ke hari ini dan dikenali seluruh umat Islam amnya. Ma’al hijrah ini memerlukan penelitian yang cukup mendalam, ia melibatkan konsep perubahan dalam diri individu tersebut untuk berhijrah. Kalau dahulunya pe
nghijrahan masyarakat Islam dari Mekah ke Madinah atas dasar perubahan yang dibawa oleh Nabi s.a.w, maka perubahan tersebut berterusan hingga ke hari ini. Tetapi pada dekad kini ia bukanlah perubahan dari satu tempat ke tempat yang lain, ia lebih kepada perubahan dalam diri seseorang itu mendekatkan lagi kepada Allah s.w.t. Kalau dahulunya kita merupakan orang yang suka melewat-lewatkan untuk bersolat, tetapi pada hari ini biarlah kita orang yang melaungkan azan dan qamat untuk menyeru supaya orang pergi dan mendirikan solat. Begitu juga kalau dahulunya kita merupakan orang yang suka menghabiskan masa hingga ke lewat malam untuk mencari rezeki, tetapi apabila bermulanya pengertian hijrah tersebut, maka jadikanlah diri kita orang yang sering menghadiri kuliah-kuliah Ilmu di masjid atau di surau-surau. Dan kalau dahulunya kita sering mengabaikan amalan-amalan sunat sebelum dan selepas solat wajib, maka jadikanlah dan tambahilah amalan-amalan sunat tersebut untuk memantapkan lagi amalan kita selama ini. Ini satu bentuk perubahan dari satu kejahilan kepada kemuliaan diri atas dasar untuk mentauhidkan Allah s.w.t. Perubahan ini memerlukan komitmen diri yang optimis dan telus. Ia bukan sekadar omong-omong kosong yang dilaungkan di kedai-kedai kopi dan café berinternet. Ia memerlukan insan-insan yang berhatikan Keimanan, Ketaqwaan dan Disiplin yang tinggi untuk memacu penghijrahan tersebut. Disiplin yang tinggi untuk memantapkan lagi Iman dan Taqwa tersebut adalah kunci untuk mendekatkan lagi diri kita terhadap Allah s.w.t. InsyAllah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Semoga diri saya dan kita semua mendapat keberkatan Illahi ke atas segala usaha-usaha yang bakal kita lakukan dan lalui bagi memperbaiki diri.




Friday, November 25, 2011

NABI ADAM A.S

Nabi Adam A.S diarak malaikat 100 tahun

Pada suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibril ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam. Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.Lalu Jibril kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.

Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku." Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."



Tanah bagaimana dijadikan Adam?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah (Babylon)

10. Tanah India

11. Tanah syurga

12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di

situlah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima

nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.

13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.


Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin,api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang: Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Dijadikan pula lima pancaindera:

1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya. Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.


Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.


Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.


Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".


Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.


Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".


Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.


Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.



Dipetik dari Pengurus Web OneUmmah.net




Tuesday, November 22, 2011

AKAUN BERSAMA


Adakah anda baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat. Atau anda baru sahaja bertunang? Lebih menarik lagi, anda baru sahaja berkahwin! Tidak kira di peringkat yang mana, pasti anda sedar akan kepentingan untuk menggabungkan kewangan dengan pasangan.

Kewangan yang kukuh akan memainkan peranan penting dalam kebahagiaan rumah tangga anda berdua, jadi adalah lebih baik sekiranya ia dapat digabungkan bersama untuk mengelakkan sebarang masalah kewangan di kemudian hari, betulkan?

Tambahan pula, Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (Disease Control Centre of United States of America) mendapati bahawa salah satu punca utama perceraian punca utama perceraian adalah masalah kewangan. Di Malaysia, statistik menunjukkan bahawa masalah kewangan adalah salah satu punca perceraian. Oleh itu, tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa masalah kewangan, jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyumbang kepada keretakan rumah tangga, malah perceraian. Dalam artikel ini, kita bakal melihat dengan lebih dekat salah satu kaedah pengurusan kewangan yang lazimnya untuk pasangan suami isteri, iaitu akaun bersama.



Tidak seperti akaun biasa, akaun bersama memerlukan kepercayaan, persefahaman dan kerjasama daripada pasangan. Malah boleh dikatakan lebih rumit berbanding akaun bank persendirian!Dalam beberapa siri artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan akaun bersama dan membuat keputusan sendiri sama ada ingin memiliki akaun bersama atau persendirian dalam perhubungan.

Sebelum itu, apakah itu akaun bersama? Akaun bersama, tidak kira sama ada akaun simpanan atau semasa, mempunyai dua (atau lebih) nama pemilik. Kedua-duanya boleh membuat deposit atau pengeluaran wang seperti pemilik akaun persendirian. Mana-mana pemilik berhak 100% atas wang dalam akaun bersama dalam satu masa. Tidak kira siapa yang mendepositkan duit, atau bagaimana anda telah bersetuju untuk menguruskan, atau siapa yang buat lebih banyak duit.
Jika anda berdua menandatangani akaun tersebut, salah seorang boleh mengeluarkan wang pada BILA-BILA MASA. Setelah kita menjelaskan kekurangan akaun bersama, mari lihat beberapa kelebihan memiliki akaun ini dengan pasangan anda :


KELEBIHAN

1. Mudah Dipantau
-Proses memantau pendapatan menjadi lebih mudah kerana tidak perlu menggunakan akaun yang berbeza. Selain itu, anda tidak perlu memindahkan wang antara akaun yang berbeza. Lebih senang lagi, jika anda atau pasangan kerap keluar kawasan (Dengan akaun bersama, pasangan hanya perlu memasukkan duit dan anda sudah boleh menggunakannya). Lebih menarik lagi, akaun bersama memudahkan kita memantau perbelanjaan kedua-dua pihak, jadi anda mengetahui semua perbelanjaan yang dibuat dan tidak berhadapan dengan masalah di kemudian hari.


2. Kos Yang Lebih Rendah
-Dalam jangka masa panjang, memiliki satu akaun bersama boleh menjimatkan wang berbanding pelbagai akaun persendirian (daripada segi caj bank dan perkhidmatan) kerana lebih banyak akaun anda ada, lebih banyak caj perkhidmatan dan bank yang perlu dibayar.


3. Faedah Tambahan
-Biasanya, bank akan menawarkan faedah tambahan untuk akaun bersama berbanding akaun persendirian. Contohnya, sesetengah bank menawarkan insurans perjalanan tahunan percuma, insurans kemalangan peribadi percuma, naik taraf kepada kemudahan perbankan istimewa percuma, kadar faedah/dividen yang lebih tinggi dan banyak lagi untuk akaun bersama. Walaupun begitu, pastikan anda faham mengenai tawaran atau hadiah percuma sebelum membuka akaun bersama untuk mengelakkan sebarang caj atau yuran perbankan yang tidak diperlukan!


4. Akaun Bersama
-Matlamat BersamaAkaun bersama memudahkan suami isteri untuk fokus kepada matlamat kewangan yang sama. Contohnya, anda boleh membuka akaun bersama untuk pergi bercuti bersama. Kerjasama dan tumpuan untuk mencapai matlamat kewangan yang sama menjadi mudah apabila pasangan sedar yang matlamat tersebut berada dalam kawalan mereka.


5. Membantu Ibu Bapa/ Mertua
-Satu cara untuk membantu ibu bapa atau mertua (terutamanya jika mereka sudah berumur) adalah dengan membuka akaun bersama dengan mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak berupaya untuk melakukannya sendiri. Dengan cara ini, anda boleh menerima deposit, dan boleh membayarkan bil untuk mereka. Anda juga boleh menggunakan akaun tersebut untuk melangsaikan hutang mereka dan memastikan mereka tiada bayaran hutang yang tertunggak.


6. Kewangan Tidak Terganggu Sekiranya Salah Seorang Meninggal Dunia
-Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri atau pasangan dan meninggal dunia, anda boleh sekurang-kurangnya menarik nafas lega kerana wang dalam akaun bersama tidak dibekukan. Selagi akaun bersama masih aktif, wang dalam akaun tersebut boleh digunakan. Setidak-tidaknya, pemegang akaun bersama masih mempunyai sejumlah wang sementara mereka menerima hakikat yang pasangan mereka telah meninggal dunia.
Daripada perspektif mana-mana pasangan, akaun bersama adalah satu komitmen yang dikongsi dan memainkan peranan penting dalam hubungan mereka. Di samping untuk menggalakkan rasa bertanggungjawab, pemilikan dan keterlibatan dalam pengurusan kewangan. Ia turut membantu mereka fokus, disiplin dan jujur apabila membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan.

Dengan semua kelebihan dan faedah akaun bersama, lebih mudah untuk mana-mana pasangan memutuskan yang mereka mesti memilikinya. Namun, dalam artikel seterusnya kita akan mengenal pasti kekurangan akaun bersama dan kenapa ia tidak semestinya sesuatu perkara yang baik untuk anda.