Pages

Friday, December 16, 2011

BULAN TERBELAH 2

Bulan Terbelah Dua



*gambar hiasan.
Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Allah berfirman:
"Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"

Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi saw. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'mencabar' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:

Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)


Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Mereka menjawab, "Cuba belah bulan ..." Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad saw agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!"

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian bersatu kembali ... "

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata," Ini adalah sihir yang terus-menerus ", dan mereka mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ... (sampai akhir surah Al-Qamar). Sila baca al-quran untuk selengkapnya .

Monday, December 12, 2011

MISTERI LALUAN PERSEKUTUAN 86

Laluan Persekutuan 86 yang juga dikenali sebagai Jalan Jelebu atau Jalan Seremban-Simpang Pertang adalah salah satu jalan-jalan utama persekutuan di Negeri Sembilan, Malaysia. ia bagi menaik taraf dari jalan sedia ada yang menyambung bandar Seremban - Jelebu - Simpang Pertang. Bagi penduduk setempat nama glamer bagi laluan ini adalah "Bukit Tangga" kerana struktur geografi yang berbukit serta keadaan jalan asalnya yang berliku-liku.

Semenjak ia siap digunakan sepenuhnya rasanya dalam tahun 2009, batu 18 Ulu Klawang telah menjadi popular dengan beberapa peristiwa kemalangan malah pernah meragut nyawa.

01 Nov. 2009
Batu 18, Jalan Kuala Klawang-Seremban - tragedi kemalangan antara seb
uah motor 'Golden Wins ' dengan sebuah kereta 'Wira '.






12 Dec 2009 9:00am
Batu 18, Jalan Kuala Klawang
-Seremban : Lori tangki minyak Petronas dari arah Seremban menuju ke kuala klawang, meletup selepas terbabas dan merempuh sebuah rumah di batu 18 Ulu Klawang sehingga mengorbankan tiga orang (2 penghuni rumah dan seorang pemandu lori tersebut).
SEMUA HANGUS: (lori dan rumah)- Anggota Bomba memadamkan kebakaran- Foto BHM


14 Dec 2011
JKR Diminta Kenalpasti Jalan Yang Mendatangkan Mudarat Di Negeri Sembilan.
SEREMBAN, 14 Dis 2011 (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenalpasti jalan-jalan di negeri ini yang boleh mendatangkan kemudaratan dan menyebabkan kemalangan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata JKR diminta untuk membuat kajian dan laporan itu dalam masa enam bulan.

"Semua kawasan yang dikenalpasti serta pandangan dan maklum balas akan dimasukkan dalam laporan itu supaya kita boleh membuat keputusan yang tepat. Kita juga akan mengadakan rundingan dengan penduduk dan pemimpin tempatan supaya kita tidak mahu kerajaan disalahkan nanti.

"Kita akan pastikan aspek keselamatan dijadikan agenda utama. Kita nak pro-aktif...kita tak mahu lagi bila dah berlaku kemalangan, baru nak buat," katanya kepada pemberita di sini, hari Isnin.

Mengulas mengenai kejadian dua beradik Anisah Hanapiah, 15, dan Mohd. Hafiz Hanapiah, 7, maut selepas sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh rumah mereka sebelum meletup di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Jelebu, S
abtu lepas, beliau berkata JKR telah diminta supaya mengambil tindakan segera untuk meluruskan jalan berkenaan kerana kawasan itu berbahaya.

Tragedi ngeri yang berlaku pada pukul 8.35 pagi itu turut meragut nyawa pemandu lori itu, Samsulkahar Bahudin, 36, selepas mengalami 60 peratus kesan terbakar. Mohamad berkata tindakan untuk meluruskan jalan berkenaan memerlukan kerjasama dan persetujuan penduduk kerana melibatkan pengambilan tanah.

"Kita dalam keadaan serba salah bila kita nak buat pengambilan tanah yang melibatkan rumah orang perseorangan. Bila kita nak ambil tanah, kita terpaksa memikirkan dari segi kemanusiaan, tapi kalau tak ambil, jadi perkara buruk macam ni (kemalangan).

"Kita bimbang sekiranya ia tidak dilakukan akan ada lagi insiden seperti ini berlaku lagi apatah lagi kawasan itu berdekatan dengan rumah penduduk. Oleh itu kita
perlu berhati-hati dan kita mengambil sikap bahawa keselamatan perlu diutamakan," katanya.-- BERNAMA


9 Dec 2011 1:15am
Batu 18, Jalan Kuala Klawang-Seremban : Pemandu dan kelindan lori nyaris maut (dari Seremban) apabila lori tangki minyak yang dinaiki terbabas sebelum terbakar dan meletup di batu 18, Kampung Ulu Klawang.













Bersambung........

Sunday, December 4, 2011

SITI ASIAH BINTI MUZAHIM

Asiah termasuk antara manusia yang namanya terukir di dalam Al Quran. Allah memberikan penghormatan kepadanya kerana ketaqwaan dan ketaatannya sebagai hamba. Allah menjadikannys sbg contoh dalam kalangan kaum hawa yang tegas dan keyakinan tauhid walaupun berada di tengah2 lingkungan manusia yang penuh dosa dan kemusyrikan.


Allah juga menjadikannya sbg contoh isteri yang sabar. Isteri penyabar mampu memberikan jasa yang sangat besar dalam memelihara ke utuhan rumah tangga, kebahagiaan suami dan kegembiraan anak-anaknya. Isteri spt ini tidak akan mudah menceritakan kesulitan dan berbagai permasalahan yang akan menyedihkan dan mencemaskan suaminya.Walaupun sebenarnya ia menyimpan kepahitan dalam hatinya. Semua kesulitan akan dihadapinya dengan penuh ketabahan dan sikap pasrah kepada Allah.


Asiah termasuk antara manusia yang tidak mudah terpesona dan terpedaya dgn kehidupan duniawi. Meskipun hidup dalam istana yg cukup mewah, Asiah tidak tertarik dgn segala macam kemewahan yang ada di dalamnya.Ia tidak mahu memanfaatkan kesempatan sbg seorang isteri raja utk bersenang-senang dan berfoya2. Malah ia memandang rendah segala kemewahan dunia yang ada padanya dan meminta agar diselamatkan dari Firaun demi menggapai kehidupan Akhirat.


Sikap yang meremehkan kehidupan duniawi itu sudah menjadi sikap hidupnya. Padahal jika mahu, ia tinggal berkata para abdinya untuk mendapatkan apa yang di inginkan. Tapi hal itu tidak ia lakukan. Ia menyedari bahawa apa yang ada di istananya itu hanya keindahan dan kemewahan yang fana.


Baginya, kemuliaan yang hakiki dan kehormatan yang mutlak hanya ada pada Allah S.W.T ia menyakini bahawa dunia beserta kenikmatannya akan lenyap, sedangkan akhirat adalah kekal damai abadi selamanya. Maka wanita mulia ini lebih memilih hal yang kekal daripada yang fana.


Inilah kemuliaan seorang wanita yang bernama Siti Asiah Binti Muzahim, Sang Ratu Syahadah : Pemegang Makhota Terpuji.