Menjadi Pemimpin yang Diredhai
Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah
ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji,
diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang
angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang
saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di
pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar
pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat
kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di
akhirat nanti.
Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman
maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia
baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala
‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah
dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi
pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak
terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah).
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap
kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu
bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat
melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh
dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power
Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi
pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu
menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
- Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
- Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah
atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara
mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
- Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan
mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang
yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam
tidak masuk di hati.
- The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi
bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga
supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita
banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan
pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah
al-Muddaththir.
- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial
yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi
kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
- Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
- Tinggalkan dosa.
- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah
kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.
Pemimpin Mengikut Islam
1. Niat Yang Ikhlas
Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat
sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan
mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah
tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.
2. Lelaki
Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah
Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang
dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah
Radhiyallahu’anhu).
3. Tidak Meminta Jabatan
Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu,
”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi
pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana
permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika
kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka
kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan
hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang
diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.”
(al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya
dilucutkan daripada jabatannya.
5. Memutuskan Perkara Dengan Adil
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali
ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah
ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh
kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).
6. Senantisa Ada Ketika Diperlukan
Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan
rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah
yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali
Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan
kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).
7. Menasihati Rakyat
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum
Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka,
kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka
(rakyatnya).”
8. Tidak Menerima Hadiah
Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorg pemimpin pasti
mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati.
Oleh karena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah
dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kepada pemimpin
adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).
9. Mencari Pemimpin Yang Baik
Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau
menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan
pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada kebaikan dan mendorongnya
kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya
ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,”
(Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).
10. Lemah Lembut
Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku
lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang
mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka
berlemah lembutlah kepadanya.
11. Tidak Meragukan
Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam
masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan
Al-hakim).
12. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan
Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara
ini adalah platform bagi rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada
kerajaan & pemimpin agar sama mengembling tenaga & ijtihad ke
arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika
dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik,
tolonglah saya, dan pabila saya berlaku buruk, betulkan saya..”,
manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita ketika memberi
arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.
Sebagai penamat posting ini, saya membocorkan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik oleh Tun Dr. Mahathir:
- Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
- Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
- Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi
mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari
seseorang untuk dipersalahkan.
- Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
- Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga
pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
- Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain
untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui
teladan.
- Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
*sumber dari mixterr.com