Kenapa ada sesetengah orang melayu suka menyebut 'Simpang malaikat 44' atau 'Selisih Malaikat 44' apabila tidak mahu sesuatu perkara buruk menimpa mereka.
Jawapan :
Perkataan demikian tidak menepati dengan syara'.
Ia lebih kepada adat2 melayu.
Sebaik-baiknya hendaklah kita mengucapkan "saya berlindung dengan Allah daripada perkara buruk".
Nota : Adat yang baik boleh di guna-pakai, tapi adat2 lebih kepada khurafat perlu dihindarkan.
---------------------------------------------------------------------
Maksud simpang Malaikat 44 dalam alam Melayu:
Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakah,2007:196), ada rahsia di sebalik angka 44 di sudut ilmu dan tradisi Melayu.
Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.
tahqiq:
istilah2 melayu yg perlu dimurnikan, ia membawa khurafat (kepercayaan karut). wassalam.
Kesimpulannya : kalau di’tiqadkan (yakin) bila sebut ayat tu akan dijauhkan bala, maka boleh kita katakan hukumnya juga haram (sbb ia membawa kepada syirik) sebab mempercayai dengan berkata sedemikian akan di jauhkan bahaya. wallahualam
2 comments:
Terbaekkk
Baru faham.... Boleh share dgn org sekeliling
Post a Comment