Semenjak ia siap digunakan sepenuhnya rasanya dalam tahun 2009, batu 18 Ulu Klawang telah menjadi popular dengan beberapa peristiwa kemalangan malah pernah meragut nyawa.
Batu 18, Jalan Kuala Klawang-Seremban - tragedi kemalangan antara sebuah motor 'Golden Wins ' dengan sebuah kereta 'Wira '.
12 Dec 2009 9:00am
Batu 18, Jalan Kuala Klawang-Seremban : Lori tangki minyak Petronas dari arah Seremban menuju ke kuala klawang, meletup selepas terbabas dan merempuh sebuah rumah di batu 18 Ulu Klawang sehingga mengorbankan tiga orang (2 penghuni rumah dan seorang pemandu lori tersebut).
14 Dec 2011
JKR Diminta Kenalpasti Jalan Yang Mendatangkan Mudarat Di Negeri Sembilan.
SEREMBAN, 14 Dis 2011 (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenalpasti jalan-jalan di negeri ini yang boleh mendatangkan kemudaratan dan menyebabkan kemalangan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata JKR diminta untuk membuat kajian dan laporan itu dalam masa enam bulan.
"Semua kawasan yang dikenalpasti serta pandangan dan maklum balas akan dimasukkan dalam laporan itu supaya kita boleh membuat keputusan yang tepat. Kita juga akan mengadakan rundingan dengan penduduk dan pemimpin tempatan supaya kita tidak mahu kerajaan disalahkan nanti.
"Kita akan pastikan aspek keselamatan dijadikan agenda utama. Kita nak pro-aktif...kita tak mahu lagi bila dah berlaku kemalangan, baru nak buat," katanya kepada pemberita di sini, hari Isnin.
Mengulas mengenai kejadian dua beradik Anisah Hanapiah, 15, dan Mohd. Hafiz Hanapiah, 7, maut selepas sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh rumah mereka sebelum meletup di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Jelebu, Sabtu lepas, beliau berkata JKR telah diminta supaya mengambil tindakan segera untuk meluruskan jalan berkenaan kerana kawasan itu berbahaya.
Tragedi ngeri yang berlaku pada pukul 8.35 pagi itu turut meragut nyawa pemandu lori itu, Samsulkahar Bahudin, 36, selepas mengalami 60 peratus kesan terbakar. Mohamad berkata tindakan untuk meluruskan jalan berkenaan memerlukan kerjasama dan persetujuan penduduk kerana melibatkan pengambilan tanah.
"Kita dalam keadaan serba salah bila kita nak buat pengambilan tanah yang melibatkan rumah orang perseorangan. Bila kita nak ambil tanah, kita terpaksa memikirkan dari segi kemanusiaan, tapi kalau tak ambil, jadi perkara buruk macam ni (kemalangan).
"Kita bimbang sekiranya ia tidak dilakukan akan ada lagi insiden seperti ini berlaku lagi apatah lagi kawasan itu berdekatan dengan rumah penduduk. Oleh itu kita perlu berhati-hati dan kita mengambil sikap bahawa keselamatan perlu diutamakan," katanya.-- BERNAMA
9 Dec 2011 1:15am
Batu 18, Jalan Kuala Klawang-Seremban : Pemandu dan kelindan lori nyaris maut (dari Seremban) apabila lori tangki minyak yang dinaiki terbabas sebelum terbakar dan meletup di batu 18, Kampung Ulu Klawang.
Bersambung........
0 comments:
Post a Comment