Pages

Tuesday, November 22, 2011

AKAUN BERSAMA


Adakah anda baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat. Atau anda baru sahaja bertunang? Lebih menarik lagi, anda baru sahaja berkahwin! Tidak kira di peringkat yang mana, pasti anda sedar akan kepentingan untuk menggabungkan kewangan dengan pasangan.

Kewangan yang kukuh akan memainkan peranan penting dalam kebahagiaan rumah tangga anda berdua, jadi adalah lebih baik sekiranya ia dapat digabungkan bersama untuk mengelakkan sebarang masalah kewangan di kemudian hari, betulkan?

Tambahan pula, Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (Disease Control Centre of United States of America) mendapati bahawa salah satu punca utama perceraian punca utama perceraian adalah masalah kewangan. Di Malaysia, statistik menunjukkan bahawa masalah kewangan adalah salah satu punca perceraian. Oleh itu, tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa masalah kewangan, jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyumbang kepada keretakan rumah tangga, malah perceraian. Dalam artikel ini, kita bakal melihat dengan lebih dekat salah satu kaedah pengurusan kewangan yang lazimnya untuk pasangan suami isteri, iaitu akaun bersama.



Tidak seperti akaun biasa, akaun bersama memerlukan kepercayaan, persefahaman dan kerjasama daripada pasangan. Malah boleh dikatakan lebih rumit berbanding akaun bank persendirian!Dalam beberapa siri artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan akaun bersama dan membuat keputusan sendiri sama ada ingin memiliki akaun bersama atau persendirian dalam perhubungan.

Sebelum itu, apakah itu akaun bersama? Akaun bersama, tidak kira sama ada akaun simpanan atau semasa, mempunyai dua (atau lebih) nama pemilik. Kedua-duanya boleh membuat deposit atau pengeluaran wang seperti pemilik akaun persendirian. Mana-mana pemilik berhak 100% atas wang dalam akaun bersama dalam satu masa. Tidak kira siapa yang mendepositkan duit, atau bagaimana anda telah bersetuju untuk menguruskan, atau siapa yang buat lebih banyak duit.
Jika anda berdua menandatangani akaun tersebut, salah seorang boleh mengeluarkan wang pada BILA-BILA MASA. Setelah kita menjelaskan kekurangan akaun bersama, mari lihat beberapa kelebihan memiliki akaun ini dengan pasangan anda :


KELEBIHAN

1. Mudah Dipantau
-Proses memantau pendapatan menjadi lebih mudah kerana tidak perlu menggunakan akaun yang berbeza. Selain itu, anda tidak perlu memindahkan wang antara akaun yang berbeza. Lebih senang lagi, jika anda atau pasangan kerap keluar kawasan (Dengan akaun bersama, pasangan hanya perlu memasukkan duit dan anda sudah boleh menggunakannya). Lebih menarik lagi, akaun bersama memudahkan kita memantau perbelanjaan kedua-dua pihak, jadi anda mengetahui semua perbelanjaan yang dibuat dan tidak berhadapan dengan masalah di kemudian hari.


2. Kos Yang Lebih Rendah
-Dalam jangka masa panjang, memiliki satu akaun bersama boleh menjimatkan wang berbanding pelbagai akaun persendirian (daripada segi caj bank dan perkhidmatan) kerana lebih banyak akaun anda ada, lebih banyak caj perkhidmatan dan bank yang perlu dibayar.


3. Faedah Tambahan
-Biasanya, bank akan menawarkan faedah tambahan untuk akaun bersama berbanding akaun persendirian. Contohnya, sesetengah bank menawarkan insurans perjalanan tahunan percuma, insurans kemalangan peribadi percuma, naik taraf kepada kemudahan perbankan istimewa percuma, kadar faedah/dividen yang lebih tinggi dan banyak lagi untuk akaun bersama. Walaupun begitu, pastikan anda faham mengenai tawaran atau hadiah percuma sebelum membuka akaun bersama untuk mengelakkan sebarang caj atau yuran perbankan yang tidak diperlukan!


4. Akaun Bersama
-Matlamat BersamaAkaun bersama memudahkan suami isteri untuk fokus kepada matlamat kewangan yang sama. Contohnya, anda boleh membuka akaun bersama untuk pergi bercuti bersama. Kerjasama dan tumpuan untuk mencapai matlamat kewangan yang sama menjadi mudah apabila pasangan sedar yang matlamat tersebut berada dalam kawalan mereka.


5. Membantu Ibu Bapa/ Mertua
-Satu cara untuk membantu ibu bapa atau mertua (terutamanya jika mereka sudah berumur) adalah dengan membuka akaun bersama dengan mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak berupaya untuk melakukannya sendiri. Dengan cara ini, anda boleh menerima deposit, dan boleh membayarkan bil untuk mereka. Anda juga boleh menggunakan akaun tersebut untuk melangsaikan hutang mereka dan memastikan mereka tiada bayaran hutang yang tertunggak.


6. Kewangan Tidak Terganggu Sekiranya Salah Seorang Meninggal Dunia
-Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri atau pasangan dan meninggal dunia, anda boleh sekurang-kurangnya menarik nafas lega kerana wang dalam akaun bersama tidak dibekukan. Selagi akaun bersama masih aktif, wang dalam akaun tersebut boleh digunakan. Setidak-tidaknya, pemegang akaun bersama masih mempunyai sejumlah wang sementara mereka menerima hakikat yang pasangan mereka telah meninggal dunia.
Daripada perspektif mana-mana pasangan, akaun bersama adalah satu komitmen yang dikongsi dan memainkan peranan penting dalam hubungan mereka. Di samping untuk menggalakkan rasa bertanggungjawab, pemilikan dan keterlibatan dalam pengurusan kewangan. Ia turut membantu mereka fokus, disiplin dan jujur apabila membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan.

Dengan semua kelebihan dan faedah akaun bersama, lebih mudah untuk mana-mana pasangan memutuskan yang mereka mesti memilikinya. Namun, dalam artikel seterusnya kita akan mengenal pasti kekurangan akaun bersama dan kenapa ia tidak semestinya sesuatu perkara yang baik untuk anda.



3 comments:

kalamajagiello said...

Harrah's Resort Southern California - Casino Game Room
Welcome to Harrah's 벳무브 Resort Southern California, 10벳 where revelry lasts casino forever. 암호화폐종류 Caesars 온라인 슬롯 사이트 Entertainment Corporation (NYSE: HARRAH)

Anonymous said...

Dengan pasangan

Anonymous said...

0139445929

Post a Comment