Beriman Kepada Yang Ghaib
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya (contoh seperti mati, hari akhirat dsbg). Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.
RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
Menurut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.
Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau di gunakan untuk mencuri barangan orang. Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”
Termaktub dalam Al Quran bahawa makhluk ini wujud mengancam kehidupan manusia, Ancaman ini tertulis bahawa bapa mereka Azazil telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t akan memusnahkan anak cucu Adam setelah terlaknat oleh Allah di sebabkan enggan sujud ( hormat ) kepada bapa manusia ( Adam )
Buktinya permusuhan itu kita saksikan di mana terlalu ramai yang sering di ganggu, beribu satu macam dan jenis yang boleh di kaitkan dengan makluk halus tandanya ia tidak dapat di kesan oleh perubatan moden sedangkan mereka sering mengadu kesakitan, ataupun perubatan moden dapat mengesan sesuatu ketumbuhan di dalam badan pesakit namun apabila di bedah doktor tidak mendapati apa-apa pun yang berlaku... (bersambung)
0 comments:
Post a Comment