Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit (Jin yang paling jahat) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan ShughalRaja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama Thothamghi Yam Ya Li. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar Qutbul Jalalah
KETUA BALA TENTERA
Antaranya:
1. Thubar- Merasuk manusia yang di timpa musibah.
2. Daasim- Menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar- Merasuk manusia agar tidak berakhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur-Menghidupkan api permusuhan dan pembunuhan.
ANTARA JIN, IFRIT DAN SYAITAN SERTA IBLIS.
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan ghaib. Pengetahuan mereka amat luas dan sangat panjang usianya. Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah. Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka,pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abiddan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliauyang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir kemudian di namakan Iblis.Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan/hasutan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu:
Melalui Kejahatan السوء : iaitu suka melakukan dan maksiat zahir dan batin.
Kekejian الفحشاء : suka melakukan kejahatan yang melampau.contohnya berzina di bulan ramadan.
Melalui pembohongan dan cuba menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan niat.
TEMPAT TINGGAL JIN
Antaranya:
Mengutamakan tempat yang sunyi jauh dari manusia.
Tempat yang gelap seperti lubang kecil, gua dan lain-lain.
Mengutamakan tempat kotor seperti tandas dan tempat sampah.
Tinggal di air dan di atas batu.
Tinggal bersama-sama manusia.
Menurut hadis yang di riwayatkan An nasa’ bahawa nabi s.a.w bersabda “jangan kencing di atas batu, lalu sahabat bertanya kepada Qatadah, Qatadah menjawab, nabi bersabda ianya adalah tempat tinggal jin”.
Jin kafir juga mengutamakan tempat-tempat yang kotor berlainan jin islam yang mengutamakan tempat yang bersih dan baik sepertimana manusia juga.
ADAKAH JIN MAKAN DAN MINUM?.
Hadis yang sohih menceritakan bahawa mereka makan dan minum.
Antaranya:
Tulang.
Saki baki makanan manusia.
ADAKAH JIN MUKALLAF?
Firman Allah taala :
Yang bermaksud :Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari(apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu) ...
----------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment