Pages

Monday, March 19, 2007

Perihal Jin - Sekadar Berkongsi - Part4

WAKTU URUSAN JIN DAN SYAITAN
Kita digalakkan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

MANUSIA BOLEH MELIHAT JIN.
Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.
1. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan mengamalkan sihir, di sihir atau ketika meminum air sihir 2. Melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya
3. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas, nabi-nabi dan Rasul.
4. Di akhirat manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
Contoh dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

ADAKAH BINATANG MAMPU MELIHAT JIN DAN SYAITAN?.

Rasulullah bersabda:
إِذَا سَمِعتُم نَهِيقُ الحِمَار فَتَعُوذُوا بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ فَإنَّهَا رَأَت شَيطَانَا, وَإِذَا سَمِعتُم صِيَاحَ الدِيكَةِ فَسأَلُوا اللهَ مِن فَضلِهِ فَإِنَّهَا رَأَت مَلَكًا.
Apabila kamu mendengar suara nyaring keldai hendaklah kamu berlindung dengan Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan, apabila kamu mendengar suara kokokkan ayam maka berdoalah kepada Allah sesungguhnya ia melihat malaikat. ...

0 comments:

Post a Comment