MAKNA JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN.
Firman Allah.
وَخَلَقَ الجَانَّ مِن مَارِجٍ مِن نَارٍ
Dan di ciptakan jin dari nyalaan api
Ar Rahman 15
"Al-Maarij " المَارِِج
ِِBermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
وَالجَانَّ خَلَقنَاهُ مِن قَبلُ مِن نَارِ السَمُومِ
Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.
Al Hajar 27
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسجُد إذ أَمَُرتُكَ قَالَ اَنَاخَيرٌ مِنهُ خَلَقتَنِى مِن نَارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طِينٍَ
Allah bertanya . Apakah yang menghalang kamu dari sujud ( kepada Adam ) apabila aku menyuruh kamu, lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya ( Adam ) dari tanah.
Al A'raf 12
KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
ذَلِكَ الكِتَابُ لاَ رَيبَ فِيهِ هُدَى لِلمُتَّقِينَِ. الذِينَ يُؤمِنُونَ بِالغَيبِ وَيُقِيمُونَ الصَلاة َوَمِمَّا رَذَقنَاهُم يُنفِقُون(البقرة2)
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Demikian itu wajib kepada setiap muslim beriman dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran.
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Al Ah qaf 29
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).Al An ‘am 130
Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (Al Jin :1)
TIDAK DI LIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makluk ini tidak dapat di lihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita melihat satu contoh seperti aliran elektrik tidak kelihatan pada wayar namun apabila di sentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya. ..... (bersambung)
0 comments:
Post a Comment